Posts

KHABBAB BIN AL-ARAT

  KHABBAB BIN AL-ARAT   “APAKAH KAMU TELAH MELIHAT ORANG-ORANG KAFIR MENGINGKARI AYAT-AYAT KAMI” (MARYAM 19:77)   Khabbab bin al-Arat berasal daripada keluarga Bani Tamim. Sahabat Rasulullah SAW ini merupakan seorang yang cerdik dan dicintai di dalam kabilahnya. Segala kebahagiaan yang dikecapinya tidak lama kerana diserang oleh kabilah yang lain. Akibat kekalahan yang dialami kabilahnya Khabbab menjadi mangsa tawanan bersama-sama wanita, anak-anak dan haiwan ternakan. Selepas berpindah milik dari seorang ke seorang, Khabbab telah dibeli oleh seorang wanita bernama Ummu Anmar al-Khuza’iyyah. Wanita ini melihat ada potensi yang boleh digunakannya pada kemudian hari. PEMBUAT PEDANG   Ummu Anmar al-Khuza’iyyah telah menyerahkan Khabbab kepada seorang pakar pembuat besi. Khabbat telah dilatih untuk membuat pedang. Apabila sudah mahir, Khabbab telah diberikan sebuah kedai oleh wanita yang telah membelinya. Perniagaannya maju dan menguntungkan wanita tersebut. Kelebihannya be